Tuesday, 18 October 2011

Power Pumping!! Chaiyok!!

As salam..salam ukhwah..
Hari ni saya nak berkongsi cerita mengenai POWER PUMPING!..


Susu merudum merupakan masalah yg mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu. Mengapa susu merudum terjadi? Antara faktor penyebab susu merudum adalah stress, datang bulan, kurang kalori, bayi beralih bulan, growth spurts. Ketika growth spurts bayi selalunya akan minum atau makan lebih banyak dr biasa dan ibu merasakan susunya tak mencukupi untuk keperluan bayi.

Untuk membantu memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, para ibu boleh cuba

v     makan makanan seeimbang terutama yg tinggi protein, bijirin penuh, oatmeal
v     minuman berasakan barli
v     sayuran hijau gelap
v     pastikan air banyak diminum sepanjang hari
v     rutin mengepam ditingkatkan
v     ambil makanan penggalak susu seperti alfalfa
v     lakukan teknik power pumping

Apa itu Power Pumping?
Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pumping seharian yang biasa iaitu 30 minit. Idea disebalik kaedah power pumping ini adalah untuk mimick nursing pattern bayi yang biasanya menyusu begitu. Power pumping juga merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam
2. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
3. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mommies semua jangan la ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
credit Tuty

Monday, 17 October 2011

Set Penyusuan Shaklee ~yang mana sesuai untuk saya?~


Kami menyediakan 3 jenis set penyusuan daripada set asas, medium sehingga set optimum atau lebih glamour dengan nama Tripple M. Apakah yang membezakan setiap satunya dan bagaimana saya mahu tahu set mana yang sesuai untuk diri saya.

Rakan saya, Pn Norita telah menghuraikan dengan jelas dan nyata supaya anda lebih memahami dan tahu mana yang terbaik untuk diri anda. Saya olah dalam bentuk yang lebih mudah untuk anda fahami.Artikel asal daripada AnakkuWiraku

Set B ( Basic Euphoria Breastfeeding Set)
GAMBAR FULL PACK
Ø      Siapa yang perlu : Ibu yang tiada masalah penyusuan
Ø      Tujuan : Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.
Ø      Kandungan : Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa
Ø      Nota tambahan:
      Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi,
      Vitamin C fokus on imun sistem,
      Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh
      Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu    
      disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami    
      masalah tersebut.

Set E ( Medium Breastfeeding Set)

Ø      Siapa yang perlu : Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS.
Ø      Tujuan :  lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian.
Ø      Kandungan :  Set B ditambah dengan ostematrix. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
Ø      Nota tambahan :
     Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan 
     untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

**Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M ( Optimum Breasfeeding Set)

*GAMBAR FULL PACK

Ø      Siapa yang perlu: ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Ø      Tujuan : Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
Ø      Kandungan :  Set B , ESP dan Ostematrix.

Pastikan anda mendapat konsultasi yang betul supaya anda mengambil vitamin dengan ilmu yang betul.
Artikel kredit mychibibox.blogspot.

Saya Ibu yang menyusu bayi..PERLUKAN AMBIL EUPHORIA BREASTFEEDING SET??

Saya sudah mengambil longan kering milk booster jadi saya rasa saya tidak memerlukan set Breastfeeding Shaklee” kata seorang ibu.

Tahukah puan-puan apakah set Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan?
Ia adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu, kerana kita dapati tidak semua orang sedar akan pertambahan ‘keperluan nutrien’ bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya.

Lihat senarai ini:

1. Tenaga (kilokalori)
• Wanita Normal : 2000
• Wanita Mengandung : + 150 – 350
• Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)
• Wanita Normal : 37
• Wanita Mengandung : + 13
 • Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):
• Wanita Normal : 450
• Wanita Mengandung : + 750
• Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :
• Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :
• Wanita Normal/ Mengandung : 750
• Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):
• Wanita Normal : 2.5
• Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :
• Wanita Normal : 0.8
• Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :
• Wanita Normal : 1.2
• Wanita Mengandung : + 0.2
• Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:
• Wanita Normal : 1.3
• Wanita Mengandung : + 2.3
• Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :
• Wanita Normal : 200
• Wanita Mengandung : + 200
• Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):
• Wanita Normal : 2.0
• Wanita Mengandung : + 1.0
• Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :
• Wanita Normal : 30
• Wanita Mengandung / Menyusu : + 20

Lihat sahaja betapa ibu menyusu memerlukan LEBIH BANYAK dari wanita biasa. ternyata milk booster seperti longan kering tidak dapat membekalkan keperluan tersebut.

Antara nutrisi yang agak kritikal semasa penyusuan ialah protein, kalsium dan kalori. Termasuklah vitamin-vitamin lain seperti vitamin B complex dan sebagainya.

Kebanyakan milk booster membekalkan cuma satu ciri saja dalam keperluan nutrisi, misalnya soya membekalkan protein, longan kering membekalkan kalori, alfalfa membekalkan kalsium, dan sebagainya. Tapi dalam set breastfeeding Shaklee ni lengkap semua.

Pernahkan ibu-ibu dengar bahawa stress boleh memberi kesan kepada susu? Apakah yang menyebabkan stress? Kebanyakan kes stress adalah disebabkan oleh kekurangan nutrient fizikal dan nutrient hati. Nurient fizikal ialah zat yang mencukupi manakala nutrien hati adalah zikrullah dan perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada Allah. Jadi, sebagai individu yang bertanggungjawab, apa lagi ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk bayinya, diri ibu juga perlukan zat yang terbaik.

Cukupkah sekiranya hanya mengamalkan pemakanan sihat? Anda sendiri boleh menilainya… Zat makanan boleh hilang dalam proses-proses sebelum sampainya bahan makanan tersebut kepada kita; kemudian hilang lagi semasa proses memasak dan menyimpan, dan tubuh kita sendiri menjadi penghalang kepada penyerapan zat yang tinggal sikit tu akibat pengambilan makanan rapu, kafein berlebihan, stress dan sebagainya. Set breastfeeduiing Shaklee ni membekalkan nutrient dalam bentuk ‘pekat’ jadi tubuh kita akan mendapat semua kebaikannya.

Yang  menariknya, set breastfeeding Shaklee boleh dikongsi bersama-sama suami dan ahli keluarga yang lain (kecuali kanak-kanak).


Kredit : Vitaminsemulajadi
 

Friday, 14 October 2011

Perlukah Supplement???Aku kan sihat walafiat!

As salam...

Seronok! Hari ni  hari sabtu..bole spend masa bersama famili tersayang..pagi2 tadi g la kedai IKAN BAGUS kat pekan parit raja ni..nak beli ikan untuk stok seminggu..ikan sangat segar2..dan banyak pilihan..lalu..saya pun membeli - belah ikan yang berkenan di hati..


Tiba - tiba saya terlihat signage yang sangat menarik hati saya..ia di paparkan di kaunter untuk mencincang ayam.. sinage berbunyi..
             JIKA ANDA RASA MENJAGA KESIHATAN ADALAH MAHAL..
                       CUBALAH ANDA RASAI KESAKITAN...




Kedai ini sangat kreatif..dan saya berhasrat untuk menjadi pelanggan setia di kedai ini selepas ini..Harganya pun berpatutan..dan yang paling menawan.. ikan - ikan digred mengikut kesegaran..
             HIJAU : Tempoh tangkapan 1-2hari...pantai sekitar Batu Pahat
             BIRU  : Tempoh tangkapan 3-4 hari..pantai sekitar mersing dan pantai timur
             MERAH : Tempoh tangkapan 1-2 bulan..diimport dari Indonesia dan Thailand...


             GILER KREATIF!! SANGAT SUKA !!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik kepada entry saya..PERLUKAH SUPPLEMENT??

Ini adalah pendapat kak Nadiah secara peribadi yang sangat menarik perhatian saya:


Sebenarnya, sepertimana apa yg berlegar di minda kak ngah begitu juga lah soalan yang selalu bermain dalam fikiran ummi...BUAT APA MAKAN VITAMIN @ UBAT SEDANGKAN AKU SIHAT???Betul tak selalu ayat ini ada dlm pemikiran hampir semua org...dann..malangnya kerana ayat di atas lah maka kita sering lupa untuk spend sedikit bajet untuk memastikan kesihatan kita sentiasa konsisten..bukan lah ummi ingin melawan takdir...tetapi istilah "mencegah lbh baik daripada mengubati" sangat sesuai pada zaman siber ini...Perkara kedua yang selalu terbenam dlm fikiran setiap org juga ialah "KALAU SAKIT, APA SUSAH...JUMPA JE DOKTOR...DAPAT UBAT"...Memang benar, tapi pernahkah kita terfikir ubat hospital kebiasaannya kandungannya pasti mengandungi chemical yang tinggi untuk memastikan keberkesanannya dlm jangka masa cepat tetapi apakah kesannya jika di ambil berterusan???Dan lebih buruk lagi sekiranya ianya mengandungi campuran steroid yang sangat bahaya utk long term seperti kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik etc..

Tamaban pula, apabila ummi sakit dan berjumpa doktor...hal2 sebegini sering kedengaran..."Oh..u kurang makan sayuran hijau atau u kena lebihkan buah2an..."..Pernahkah kita terfikir adakah dengan memakan sayuran hijau dan buah2an di tambah dengan ayam atau daging maka kandungan gizi pemakanan kita sudah seimbang???Cuba kita lihat beberapa perkara yang berada di persekitaran atau kehidupan kita sehari2 yang kita tidak sedar antaranya:-
 
1) Ayam, Daging dan hasil tenusu pada masa ini kebanyakannya melalui proses suntikan untuk memastikan pembesarannya berlaku dengan cepat...Apakah kandungan yang terdapat dalam suntikan tersebut???Selamatkah dan apakah kesannya kepada kita untuk jangkamasa panjang???
 
2) Sayur2an kini dibubuh baja kimia untuk mempercepatkan pembesarannya dan racun makhluk perosak turut di sembur untuk menghalang ia mengganggu proses pertumbuhan...adakah kita pasti kita mencuci sebersihnya bahan2 yang mungkin melekat di sayur2an yang kita beli??Jika ya, bagaimana dgn makanan yg kita beli di kedai??
 
3) Buah2an juga mengalami keadaan yg sama seperti sayur2an...dan kebanyakkan ianya di tuai atau di petik sebelum masak sepenuhnya dan di peram menggunakan karbaid atau bahan2 lain untuk mempercepatkan ianya masak..adakah ianya selamat untuk di makan dan adakah kandungan nutrien dalam buah2an tersebut masih kaya dengan vitamin seperti vitamin c untuk melengkapkan diet seharian kita???
 
4) Makanan2 yang di jual samada dalam tin, segera atau di masak banyak menggunakan pewarna tiruan, perasa tiruan dan bahan pengawet untuk tahan lama...adakah ianya tidak mendatangkan kesan bahaya untuk tubuh badan kita untuk jangka masa panjang???
 
5) Keadan dan udara persekitaran yang tercemar dengan bahan kimia yang boleh terurai dan tidak terurai mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan kita...

Jadi, dari kesemua faktor di atas, adakah kita benar2 yakin bahawa kita masih tidak perlukan vitamin untuk memastikan badan kita mendapat kesihatan yang optimum tambahan pula bagi ibu2 yang sedang mengandung dan menyusukan anak...(wahh...dah macam hujah ummi dlm court pulak)...Jika, anda merasakan tidak perlu, terpulanggg..tetapi bg diri ummi memang amat2 memerlukannya...tambahan pula dengan pola pemakanan ummi yang ada kalanya bz dan terpaksa mencampurkan breakfast dan lunch dalam satu hidangan (ummi panggil brunch)..So, itulah jawapan ummi mengapa ummi perlukan vitamin walaupun syukur alhamdulillah badan ummi masih sihat...

Persoalan kedua..mengapa ummi pilih shaklee sedangnya ubat doktor ada atau vitamin2 lain yang melambak di pasaran???

1) Perkara paling awal untuk ummi makan sesuatu benda ummi akan pastikan bahawa ianya HALAL...Bagaimana saya tahu ianya Halal???So, oleh kerana ummi ramai teman rapat yang bekerja di JAKIM perkara ini ummi tanyakan kepada mereka dan alhamdulillah memang HALAL...
 
2) Perkara kedua yang ummi tengok ialah HARGA(hehehe...wajib sbb takut buget lari)..setelah ummi buat perkiraan...sejenis vitamin E (100 i.u) di farmasi berharga rm19.90 untuk 30 capsules. Maka sebijinya berharga RM0.66……Vitamin E Shaklee beserta selenium (400i.u) berharga RM0.99 sebiji… TETAPI keperluan harian vit E adalah 400 i.u. Jadi kalao orang tu consume vit E dari farmasi,dia perlu mkn 4 capsule sehari which cost RM0.66 x 4 = RM2.64 /sehari……So mana yang lebih murah?... dah lah lagi mahal dari vit Shaklee..pastu kene telan sampai 4 biji untuk satu jenis vitamin..larat ke beb?
 
3) Perkara ketiga ummi tengok ada tak silica gel...terkejut...takde...mulanya was2 jugak (sebelum ni ummi tau silica gel utk bg sesuatu vitamin tahan lama)...rupanya Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan pembalikan pada tubuh.Ummi tertanya2 kenapa vitamin lain ada silica gel???rupanya vitamin lain mengandungi silica gel untuk menyerap lembapan. Kenapa agaknya? Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.(so, kalau kita terbuang silica gel tu...vitamin tu jadi apa ye???...Contoh yang boleh diambil.. ambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapati t sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu. (Subhanallah...apa maksudnya itu???)...
 
4) Perkara ke empat ialah ummi telek2 bahan2 dlm shaklee ni semuanya di hasilkan dari bahan semulajadi...so, ummi tertarik kerana apa yang ummi inginkan untuk mengekalkan kesihatan adalah sesuatu yg semulajadi(kembali pada kejadian asal)..dan bukan lah berbentuk chemical yang mempunyai kesan yang cepat atau serta merta tetapi memberi kesan yang kurang elok untuk jangka masa panjang...
 
5) Perkara terakhir kenapa ummi pilih shaklee...ummi nak tanya kalian...antara seorang pekerja baru dengan pekerja lama yang mana kalian pilih??kalau ummi tentu lah yang lama (wahh...dah mcm interview pulak)...sbb hakikatnya manusia perlukan sesuatu benda yang telah establish,testimonial yang berkesan dan "mempunyai nama"..tentulah ummi inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri ummi...dan shaklee telah establish sejak tahun 1960an lagi...(Tu dia...punya lamanya)...

Manual Bergambar EBM handling


As salam..

Entry saya kali ni ialah tunjuk cara EBM handling..saya pun baru berkecimpung dalam dunia penyusuan bayi ni..so..diharap..dengan manual ni, ibu2 berkerjaya yang baru nak memasuki dunia penyusuan ataupun dah bercita - cita nak menyusukan bayi anda secara eksklusif dapat mengambil manfaat..insya Allah..


Ni peralatan yang wajib ada..Breastpump..terpulang la jenama ape pun..saya guna Avent electric..so far so good..bergantung kepada selera cik B memasing..yang botol sebelah tu..my Alfalfa..gudang zat..as my milk booster..setiap kali pas pump..telan 2 tablet..so next session..production maintain..Alhamdulillah
Alhamdulillah..rezeki Iman..7-8 oz per sesi..yang penting kene rileks..jgn stress..TIPS..sebelumsesi mengepam..tengok gambar baby dulu smbil urut cik B ..bayangkan baby nak direct feeding..then mulakan sesi perahan dengan bismillah...dan di akhiri dengan alhamdullillah..
After 5..punch card..balik!!..biasenye susu hasil perahan saya akan transpot dlm cooler bag..letak ice pack (bekukan kat fridge opis)..sebab perjalanan balik ambil masa 30 minit..plus amik kakak Yasmin kat taska dan amik Iman kat umah baby sitter..adlah 45 minit baru sampai rumah..so tak bimbang la kualiti susu akan tercemar..
Susu ibu yang fresh yg diperah td..saya akan transfer dalam botol (8botol X 2oz)..kalau ada lebihan..saya akan frozenkan susu tadi untuk menambah stok semasa kecemasan..tapi kadang2 tak cukup..contohnya: x sempat nak pump waktu kerja..terpaksa la topup ngan frozen EBM..AMAT DIPENTINGKAN IALAH KEBERSIHAN!!..rak yang atas tu adalah stok frozen EBM..yang bawah tu..adlah stok makanan (ayam..ikan..udang..dll)..pastikan semua bertutup rapat..agar EBM tidak tercemar..
Botol  yg akan dicuci menggunakan Shaklee Basic H dan akan di steril
ICEMAN COOLER...nnti saya akan cerita..camne nak eksport EBM  ke rumah baby sitter..(kakak Yasmin pun nk  enterframe)
reusable ice pack..ade size besar..ade size kecik..sume beli online je..
Hah!!tu dia...8 botol x 2 oz..biasenye mmg licin..x berbaki..start smlm..pengasuh mintak tambah kuantiti per botol..mean 8 bottle x 2.5oz..from 8-5pm..20 oz..hehe..rahsianye..KEEP PUMPING and get optimum health..MY SHAKLEE is always the best choice..
EBM handling : Kat base cooler tu..saye bubuh ice pack..muat2 je size...xlebih..xkurang..
Pastu..bolelah susun botol2.pastu..kat ruang2 kosong..boleh selitkan ice pack yg kecik2 untuk menambah kesejukan cooler kite tu..1 more..tujuan saya asingkan susu ke dlm 8 botol  ialah supaya setiap kali Iman nak minum..pengasuh keluarkan 1 botol je..so kebersihan EBM kite akan terjaga baik..
Lastly..kat top of de bottle tu..saya letak lagi satu ice pack..so susu akan terpelihara dgn baik tanpa perlu menumpang fridge umah pengasuh...(kite x thu tahap kebersihannya..tak kan la nak check fridge die lak kan)
Bile dh selesai, jgn lupe turunkan frozen EBM ke bhgian chiller (dingin) utk packing esok pulak..skrg ni saya tgh gunakan stok bulan 8 punya..saya letak dalam frozen compartment..bole tahan 2 bulan..ade bnyk lah jugak stok agak2 100oz..tersimpan dlm deep freezer...utk kecemasan..kalo kene g kursus ke..tp xde gambar ye..
Sebelum g keje..kene kira ade 7 beg yg perlu dimasukkan dlm kete..jgn smpai tertinggal..
Taaaraa...This is My Shaklee..My Life..My Precious..syukur saya ditemukan dengan distributor shaklee..Pn Tuty Rahiza..she is also  my  lactation counselor..tp..kini saya pun telah menjadi keluarga Euphoria GBS..sape berminat nak beli Shaklee..bole contact saya..(siap ade buku catatan stok frozen EBM oke)..sunquick tu..saya tmbh bile nak minum Energizing Soy Protien (ESP)..sgt yummy!!

ok..wasalam..syukran..anugerah tuhan untukku...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya seronok dengan manual ini yang telah diolah oleh Along Azrina
Ringkas dan padat. Khas untuk ibu baru yang mahu menyusukan anaknya ataupun ibu-ibu yang masih mencari-cari ilmu penyusuan.

Faedah kolostrum dan susu ibu kepada bayi;

1. lindungi bayi dari jangkitan dan alahan (kaya dgn antibodi)
2. lindungi bayi dari jangkitan (kaya dengan sel darah putih)
3. mencegah jangkitan dan penyakit mata(kaya dengan vit A dan E)
4. kematangan usus dan mencegah alahan(mengandungi faktor pertumbuhan)
5. mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis(susu ibu juga sejenis laksatif)
6. ada protein, lemak dan asik lemak yg tinggi dan mudah dihadam
-asid lemak Omega FA, DHA dan AA (yang ini susu formula selalu nak tiru)
-DHA-perkembangan sistem penglihatan,bayi menyusu juga mengumpul DHA di dlm kortex
-kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu adalah 5.2point lebih tinggi daripada yang tidak
menyusu susu ibu
7. lindungi dari kolik, lelah,penyakit kulit,hidung dan alahan pd makanan
8. kurangkan batuk, jangkitan telinga, bronchitis, pneumonia, meningitis, cirit birit
9. kurang risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti pd kanak-kanak
10. kurangkan risiko sindrom kematian bayi
11. kurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan serta menguatkan pertumbuhan rahang

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu

1. Yakin bahawa kita boleh menyusukan, kena byk bersabar,dptkan sokongan suami, jgn dengar mitos dari orang tua kita
2. Mulakan seawalnya 1 jam selepas bersalin (pada waktu ini baby sgt alert dengan ibunya)
3. Susukan bayi sekerap mungkin untuk mengelakkan jaundis.
4. Ibu perlu makan/minum yg berkhasiat,bykkan minum air masak(jgn dengar kata org tua kata byk minum nanti bawah tu berair, fakta ini SALAH! JANGAN amik jamu lagi effect pada baby sprt cirit-birit)
5. Pastikan latching (lekapan) betul, kalau salah boleh buat nipple kita crack, berdarah ini pun ramai ibu boleh jadi give up, pleasssseeeeeeeeeeeee jangan give up,

Kekerapan Penyusuan

1. Susukan mengikut kemahuan bayi "on demand". Kalau baby asik tidur itu petandan baby jaundis, jaundis buatkan baby suka tidur, tidak aktif. Ingat jaundis yg tinggi boleh effect OTAK.
2. Sentiasa bersama bayi (rooming-in)
3. 2-7 hari pertama - susukan lebih kerap, bayi yang tidur 2-3 jam perlu dikejutkan untuk menyusu
4. Bayi yang sudah biasa(sudah besar) - menyusu 8-12 kali dalam 24jam

Tanda bayi dapat cukup susu

1. Bayi berhenti menghisap sndiri, ada bayi yg tak boleh lepas nipple kita, dia bukan lapar sebenarnya tapi bayi kita rasa selesa bila di dalam dakapan kita ialah masa lam prot iakan rasa terkepung, gelap bila jumpa dunia sebenar penuh dengan cahaya, terang, bising dia rasa terkejut sedikit...belajar untuk sesuaikan diri dengan bayi anda OK.
2. Penyusuan kerap (8-12 kali)
3. dengar bunyi menelan - hisap-telan-hisap
4. Kencing lebih 6kali/hari
5. Kerap buang air besar, itu adalah normal jika baby dpt cukup susu
6. breast penuh sebelum menyusu dan 'ringan' selepas menyusu

Cara penyimpanan

1. Suhu bilik - 4 jam(ini ikut waktu malaysia, kalau barat boleh 8 jam)
2. peti sejuk - tahan hingga 48 jam, walau guideline 72jam akak tak yakin) yg ini dibahagian chiller
3. p/ais 1 pintu - 2 minggu - ini untuk bahagian frozen
4. p/ais 2 pintu - 3 bulan - untuk untuk bahagian frozen
5. Deep freezer - 6 bulan
* Untuk frozen EBM, ikut tarikh dimasukkan ke dalam bahagian beku. Jika pindahkan daripada P/ais 2 pintu ke Deep Freezer, tempoh EBM tetap 3 bulan bukan menjadi 6 bulan.

Cara nak panaskan

1. letakkan susu frozen di bahagian bawah peti ais semalaman dengan merendam di dalam air
2. bila nak bagi baby minum rendamkan bekas susu di dalam air suam selama 5 minit, BUKAN RENDAM DENGAN AIR MENGGELEGAK yerr sbb boleh merosakkan susu(hanya panaskan kuantiti yang hendak diminum oleh baby sahaja, contohnya kalau bayi minum 2oz..rendam 2oz jer)
3. Jgn PANASKAN di dalam MICROWAVE atau ATAS DAPUR
4. Susu yang telah cair hendaklah dihabiskan dalam masa 1 jam, selepas itu kalau tak habis discard(tidak boleh disimpan semula)


Credit : MamaYangCekal

Thursday, 13 October 2011

Logo Halal Shaklee ~Islamic Services of America (ISA) ~ bukan JAKIM... VALID ke??


As salam



Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Terdapat senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.
Pengguna boleh menghubungi badan Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut.
Artikel kredit kepada Tuty Rahiza
Isu halal haram sangat sensitif terutama untuk umat Islam kerana apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita sendiri..Semasa belajar di Jepun, saya telah dilatih untuk membaca bahan kandungan apabila membeli bahan makanan..Apabila mata terlihat tulisan "gelatin" saya akan terus letak makanan itu ke rak. Tabiat ini juga terbawa-bawa hingga pulang ke Malaysia terutamanya bila saya memilih vitamin atau ubat daripada jenis kapsul. Di bahagian label akan tertulis kapsul tersebut dihasilkan daripada sumber apa dan secara umu, kebanyakan kapsul menggunakan bovine gelatine. Bovine yang seperti kita maklum adalah sumber haiwan dan menjadi kewajipan untuk memastikan bovine gelatin yang digunakan itu halal atau tidak.

Pada hari pertama membeli shaklee vitamin, saya terkejut kerana kebanyakan vitamin di dalam bentuk tablet. Saya ingatkan semuanya dalam bentuk kapsul seperti S**wa brand. Vitamin shaklee dalam bentuk kapsul adalah Lecithin, Vitamin E dan OmegaGuard yang dihasilkan daripada Bovine Gelatin. Terdetik di hati saya, halalkah produk ini. Mungkin sudah menjadi kebiasaan kita di Malaysia untuk memilih produk yang terdapat tanda halal JAKIM di bahagian label.

Produk shaklee tidak mempunyai tanda halal Jakim kerana produk ini dihasilkan di Amerika. TETAPI, Jangan Risau kerana pihak Shaklee telah menggunakan bovine gelatin halal yang disahkan oleh Islamic Services of America (ISA). Bukti sijil halal adalah di bawah.


Persoalannya, walaupun Shaklee diiktiraf halal oleh ISA. Bagaimana pula dengan JAKIM. Saya telah memastikannya dengan menyemak di laman web JAKIM.. Ternyata, ISA diiktiraf oleh JAKIM. 


Rasa lega kan sekarang?? Shaklee akan memastikan yang terbaik untuk penggunanya termasuk daripada sudut agama.

Mencari Yang Halal Itu Fardhu


Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
  • -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel kredit kepada Tuty Rahiza
Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.


Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah


Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA




















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.