Thursday, 13 October 2011

Mencari Yang Halal Itu Fardhu


Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
  • -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel kredit kepada Tuty Rahiza
Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.


Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah


Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA




















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.

Benarkah Vitamin E penyebab kanser prostat?


Kenyataan di Berita Harian bertarikh 13 Oct 2011 :

NEW YORK: Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostate berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35,000 orang di Amerika Utara. Klein dan rakan penyelidiknya TIDAK JELAS bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostate dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu.  Baca di sini untuk lebih lanjut

Ini pula fakta yang dikeluarkan oleh majalah iSihat:



VITAMIN E banyak kelebihannya. Antaranya termasuklah mengurangkan risiko kanser prostate. Ini kerana kajian mendapati, kesan jangka panjang terhadap pengambilan vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostate di kalangan penghisap rokok. Selain itu, ia turut berperanan untuk meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Sumber : Majalah iSihat & Iffa


Jadinya, mana satu yang betul. Vitamin E MENINGKATKAN atau MENGURANGKAN risiko kanser prostat ? Mesti anda sudah pening kepala. Walauapapun kesimpulannya, ini yang anda perlu tahu mengenai Vitamin E sebelum mengambilnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel kredit to Kak N
" Saya memang amalkan makan vitamin E sejak dulu lagi, sebab saya tahu kebaikannya. Vitamin E Shaklee mahal la dan pada saya semua vitamin E sama sahaja"
Iini adalah antara jawapan ringkas salah seorang customer saya baru-baru ini apabila saya mencadangkan mencuba pengambilan Vitamin E Shaklee.

Bila baca tajuk atas entry tersebut pasti pengamal Vitamin E terutama para suami akan jadi gundah gulana memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan saya tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran.

Melalui bahan bacaan saya dari penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin  E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.

Saya cuba scan buku yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu demi memudahkan pembacaan kalian.

dan PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL
 * Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro-Vitamin  A seperti Beta Carotene yang manaia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa perlu memilih sumber asli? 
Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. 

Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?  

Renung -renungkan...... 

Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda!

------------------------------------------------------------------------- 
Saya yakin persoalan anda sudah terjawab. Apa yang penting adalah anda mengambil Vitamin E daripada sumber semulajadi /asli serta mengandungi selenium.

Kesuburan dan Kesihatan Wanita


Fakta seminit bagaimana GLA Complex bantu meningkatkan kesuburan wanita:

"Gamma linolenic acid helps women to produce more fertile quality cervical fluid also known as “egg white cervical mucus”. This type of cervical fluid is fertile, thin, watery, clear and “stretchy” and easily aids the sperm to swim through the uterus and into the fallopian tube, and to the egg. Also, this type of fluid helps the sperm to stay alive for up to five days inside the fallopian tube, thus enabling conceptionto happen even if you don’t have intercourse again by the time ovulation occurs."

Untuk wanita, GLA Complex bantu anda:
- menstabilkan hormon
- bantu betulkan kitaran haid
- bantu meningkatkan tahap kesuburan
- bantu penurunan berat badan
- mencantikkan kulit

Hubungi kami untuk mengetahui aturan sebenar cara pengambilan GLA Complex, terutama sekali jika anda sedang merancang untuk menambah cahayamata! (^_-)

Kredit: GenkiMomma

Tuesday, 11 October 2011

SHAKLEE dan penyusuan susu ibu ~vice versa~

As salam..

VICE VERSA???

Menurut pakcik Wiki.... 
From Wikipedia, the free encyclopedia 

Entry saya hari ni bercerita bagaimana SHAKLEE menjayakan penyusuan susu ibu..dan bagaimana penyusuan susu ibu membuat saya bertambah cinta dengan produk SHAKLEE...

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang kisah jatuh cinta pandang pertama saya dengan produk SHAKLEE..tujuan utama saya mengambil produk ini ialah untuk menambahkan KUANTITI susu ibu..
Namun hakikatnya..setelah 3 bulan saya mengamalkan SHAKLEE...ternyata 1001 manfaat yang telah saya alami..

Produk yang saya ambil terdiri daripada :


  • SET B : Shaklee B-Complex, Shaklee Vita c, Shaklee VitaLea , Shaklee Alfalfa
  • Shaklee Energizing Soy Protien
  • Shaklee Perfomance Drink
  • Shaklee Lecithin

Untuk details content setiap produk akan saya huraikan dalam entry akan datang (maklumlah blog under construction)

Secara keseluruhannya..saya 100% amat berpuashati dengan produk ini.Ini adalah testimoni saya sendiri ye..bukan dari orang lain..

Tujuan utama saya mengambil SHAKLEE telah tercapai:

  • Susu (kuantiti) sentiasa maintain..7oz setiap sesi perahan (kesan milk booster ~alfalfa)...Alhamdulillah..kita berusaha..namun Allah yang memberi rezeki..rezeki anak..kita ibu bapa hanya menumpang rezekinya..

Berikut adalah manfaat lain yang saya perolehi:


  • Susu (Kualiti) bertambah pekat dan baby iman mudah kenyang (Penangan Energizing Soy protien ~ESP)
  • Saya menjadi seorang yang sentiasa gembira dan tidak stress (Kesan B-complex)
  • Saya sentiasa bertenaga..walaupun bangun seawal jam 5 pagi (kerana kekurangan nutrient daripada pemakanan telah di isi oleh pengambilan multivitamin dan perfomence drink)
  • Saya merasakan perubahan dari segi tekstur kulit..lebih mulus dan anjal (penangan Energizing Soy Protien)
  • Masalah keputihan hilang dan hubungan suami isteri bertambah intim..ehem..pepaham jelah (keistimewaan alfalfa..menyamai kacip fatimah)
  • Saiz badan semakin berkurang..tak tahulah kalau perasan sendiri..tapi..dah bole pakai balik baju-baju yang dah tak muat masa sebelum preggy dulu..dan dah ditegur oleh beberapa org sekeliling saya..adik ipar, staf, kawan sekerja, ibu saya sendiri..dan yang paling syiok..encik hubby pun dah perasan..hehe..(penangan lecithin la..)

Pengalaman apabila berjaya menyusu bayi sangat indah..bahkan yang lebih best..saya dapat rasakan yang saya menjadi individu yang lebih sihat..kenapa? ini jawapannya


  • Saya akan minum 3L air kosong sehari..secara tak langsung akan 'mencuci' buah pinggang disamping untuk melancarkan penyusuan dan membantu badan menyah toksin secara semulajadi..
  • Saya akan mengambil makanan yang berkhasiat untuk memastikan bayi saya mendapat khasiat yang tinggi..ini secara tak langsung dapat menghindarkan diri saya daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan membawa mudarat kepada diri saya.
  • Dengan mengamalkan produk shaklee..saya sentiasa gembira, sentiasa kenyang (diet protien daripada ESP), saiz semakin berkurang (sedang berusaha mencapai berat badan ideal..caiyok..)

Jadinya, inilah yang saya katakan VICE VERSA..
Alhamdullillah kepada Allah kerana menemukan saya dengan produk SHAKLEE...kerananya saya menjadi diri saya pada hari ini..Ini adalah anugerah tuhan buatku...syukran...





Kisah Jatuh Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum dan salam ukhwah

Pernah mengalami jatuh cinta pandang pertama..omputih kate..love at the first sight..

Itulah yang saya ingin ceritakan bagaimana saya Jatuh Cinta Pandang Pertama dengan produk makanan kesihatan SHAKLEE..

Kisah saya bermula semasa saya sedang berpantang selepas melahirkan anak yang kedua..Ahmad Dani Iman..anak mama yang soleh..bakal pemimpin keluarga dan ummah..amin...

Saya menanam semangat yang sangat tinggi untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 2 tahun..tetapi pengalaman dengan penyusuan susu ibu kepada puteri sulongku Aina Yasmin..sangat mengecewakan...Ingatkan mudah menyusukan anak..rupanya saya memerlukan ilmu yang mencukupi untuk menjayakannya...sekarang..setiap kali terpandang puteriku menghisap susu formula..hati kecilku sayu...maafkan mama sayamg..sayang tak dapat membesar dengan khasiat susu ibu :"(...pernah saya cuba untuk memberikan susu ibu yang telah diperah setelah umurnya 3 tahun..namun puteriku menolak.."tak sedap la mama..susu kite lagi sedap..susu mama untuk iman je"..walaupun tersenyum..tapi hatiku sayu..

Berbalik kisah jatuh cinta pandang pertama...saya cube melayar i internet untuk mencari supplement untuk menambahkan susu ibu @ milk booster...saya terbaca post kawan sekolah lama di fb mengenai SHAKLEE..puas saya mengumpul maklumat dari blog2 ibu yang tegar menyusu bayi secara ekslusif..di situ bermulalah saya mengenali SHAKLEE...

Setelah berkenalan..saya berniat untuk mencuba..tapi saya seoarng yang sangat susah menelan tablet..secara jujurnya..supplement semasa preggy yg di bekallan dr klinik..banayk yang tersadai..daripada yang masuk ke dalam perut..setelah berkenalan dengan SHAKLEE...saya berhasrat untuk mencuba trial set (boleh consume selama sebulan)..saya mengambil trail set B khas untuk ibu menyusu...

Alhamdulillah..kini saya adalah mengamal tegar SHAKLEE dan telah berjaya menyusu baby Iman selama 3 bulan..semoga niat untuk terus memberi Iman khasiat susu ibu akan sentiasa mendapat bantuan daripada Allah..Itu adalah Anigerah Tuhan Untukku yang paling istimewa..semoga terus dipermudahkan...amin..