Thursday 10 November 2011

Nak kurus? Tak perlu 'ikat' perut...ada RAHSIANYA..ini rahsia saya..


As salam..
salam sayang..salam mesra..

Dah lama rasanya jejariku tak menulis menaip blog..terasa waktu amat mengejar kita..tambahan nak menjelang penutup tahun 2011..banyak yang perlu di selesaikan..semua dah nak due date...terfikir alangkah baiknya kalau boleh bekerja dari rumah...bekerja di rumah adalah impian ku.HOME IS EVERYTHING...insya allah..tiada yang mustahil..dengan My Shaklee..My Life..My Precious..I   M   POSSIBLE....(not imposible oke)...through Shaklee biz..i've learnt to see thing from diffrent angle..so..sesiapa yang ingin menjana pendapatan dan target utk bekerja dari rumah serta mempunyai kesihatan yang sebenar..saya amat mengalukan dan sedia memberi personal couching..saya pun masih belajar mengenali SHAKLEE...but this is life learning process..SHAKLEE EUPHORIA Group is the best grup i ever had..they are a grup of very nice and supportive people..let join us...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tamat sudah promosi SHAKLEE..berbalik kepada entry saya hari ini..
Nak kurus? Tak perlu 'mengikat' perut ..tapi....RAHSIA!!..apa rahsianya?.... .

Ini adalah rahsia saya...

Ini adalah rutin harian saya ambil dan lakukan sepanjang proses penurunan berat badan??
Lakukan dengan istiqamah..(walaupun belum berjaya menurunkan berat kepada ideal..tapi telah ramai yang memberi teguran terhadap perubahan fizikal saya..)..lalu tersenyum tersipu2...ahaha..

v     Saya amalkan vitamin Shaklee ( Multivitamin, B-complex, Vitamin-C) untuk kekal bertenaga dan sihat...serta sebagai 'insuran' kesihatan di hari tua...

v     Saya ambil Energizing Soy Protein (ESP) 

v     Saya ambil Soy Lecithin, GLA dan alfalfa untuk perut buncit.

v     Saya minum air 2-3 liter sehari.

v     Saya tidak bersenam tapi saya menyusukan Iman secara ekslusif...500kalori terbakar untuk satu sesi penyusuan.IM PROUD TO BE WORKING-PUMPING MOMMY..ALHAMDULILLAH..semua adalah anugerah tuhan..


v     Saya makan 5 kali sehari tetapi hidangan kecil.

Ramai yang berkerut..perlukan penjelasan? Teruskan pembacaan anda..

1.Saya amalkan vitamin Shaklee ( Multivitamin, B-complex, Vitamin-C) untuk kekal bertenaga dan sihat...serta sebagai 'insuran' kesihatan di hari tua...

Multivitamin @ Vitelea
Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Jika dulu saya belajar, dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.
Ada sesetengah doc mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan b com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea.
Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Vitamin Csangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah. Ia juga bertindak sebagai agen anti pengoksidaan dan imun booster..Sentiasa sihat dan jelita dengan vitamin c. Vitamin c Shaklee sangat istimewa kerana ia jenis ‘time released’..vitamin c akan dilepaskan beransur – ansur selama 5 jam..ia kekal lama di dalam tubuh..Kalau demam..hanya patahkan tablet vitamin c..vitamin c akan BOOST up di dalam tubuh untuk membantu system imun melawan penyakit..

B-Kompleks
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya penumpuan akan lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantikberseri dan tidak kusam..B is for BEUTY...every women and mom reallyyy need this...believe me...

Inilah yang saya namakan INSURAN kesihatan dihari tua..saya menyediakan payung kesihatan..kerana saya ingin kekal sihat sepanjang hayat..mengikut pemerhatian saya..cara hidup dan persekitaran kita sangat mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit TIDAK BERJANGKIT (contohnya darah tinggi..kencing manis..sakit jantung,,dan macam2 lagi)...saya telah menjalankan pemerhatian..setiap 10 org pesakit saya yg datang nak cabut gigi di klinik saya yang berumur 40 thn ke atas..8 org menghidapi darah tinggi atau kencing manis atau kedua2nya sekali..

Saya bertekad akan berusaha menjauhkan diri daripada penyakit tersebut..bak kata MAHER ZAIN..INSYA ALLAH...ada jalannnnyaaa..insya allaahhh...insya allah..yang penting kita usaha...amin.Walaupun terpaksa menyediakan sedikit bajet utk membeli vitamin..tapi saya sangat berpuashati..100% satisfaction guarantee…(kasut saya mahal.. tudung saya mahal…vitamin saya juga perlu ‘mahal’…)..tak la mahal sangat..contoh…1 tablet VIT C 500mg..bersamaan 7 setengah biji oren…setiap hari badan kita perlukan 500mg Vitamin c…harga utk 1 tablet vitamin RM 0.41..harga sebiji oren..RM 1 kalau darab dengan 7 setengah? Berapa? Itu baru untuk seorang..kalau sekeluarga? itu tak termasuk buah oren yang telah diletak bahan pengawet..di mana nilai nutrisinya semakin berkurang…fikir2kanlah…saya sangat touching dengan statement ini…JIKA ANDA RASA MENJAGA KESIHATAN ADALAH MAHAL..RASAILAH KESAKITAN…fikir2kan lah ye…

Kesemua vitamin yang saya aambil di atas..untuk memastikan saya mendapat tenaga yang optimum dalam proses menurunkan berat badan..kerana I AM A SUPERWIFE..SUPERMAK..SUPERWORKER..kalau badan tak bertenaga..saya tak boleh perform..kesian suami saya..kesian anak2 saya..kesian pesakit2 saya...saya tak mahu kelihatan lesu dan tak bertenaga..

2. Saya ambil Energizing Soy Protein (ESP) 

Kenapa Protein penting di dalam diet?
Protein diperlukan untuk memastikan kulit perut tidak menggeleber setelah anda kehilangan berat badan selain memelihara/membentuk otot yang menjadi ejen utama bagi pembakaran lemak. Jika anda kehilangan berat badan melalui kehilangan otot, metabolisma badan anda akan menjadi rendah dan berkemungkinan berat badan anda akan kembali kepada asal selepas berhenti menggunakan produk diet. Protein juga dapat menganjalkan kulit serta mengurangkan regangan atau selulit.


SIAPA LAGI YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa :
As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki :
Protect from any disease (heart,cancer,etc)
Ibu mengandung :
For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
Ibu yang menyusu:
Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
Wanita:
Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
 
 Kenapa saya sangat suka ESP..jawapannya...UNTUK SEMUA YANG BERHIGHLIGHT KUNING TU...kerana saya seorang wanita yang ingin kekal menawan..ibu yang menyusukan anak dan ingin mengurangkan berat badan secara sihat..

3. Saya ambil  Lecithin, GLA dan alfalfa untuk perut buncit.

Lecithin

penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA
ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf. 

ALFALFA
Melawaskan sistem pencernaan dalam badan.Akan meNYAHkan segala lelemak yang dah terpcah oleh lecithin dan GLA tadi..

Tips diet dengan Shaklee
  1. Untuk anda yang ingin turunkan berat badan 10kg ke bawah, anda hanya perlukan Lecithin dan Alfalfa.
  2. Untuk berat lebih daripada 10kg, anda diwajibkan untuk mengambil pakej lengkap ( Herb-Lax, Alfalfa, Lecithin dan Cinch Shake Mix )
Bagaimana produk-produk ini membantu diet anda?
Herb-Lax : Untuk membuang toksin berlebihan dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin dan khasiat pemakanan

Alfalfa : Membantu melawaskan sistem pencernaan yang berkait rapat dengan masalah perut buncit.

Lecithin : Menguraikan lemak-lemak berlebihan dalam badan

Cinch Shake Mix : Protein untuk mengekalkan otot di dalam bagi meningkatkan metabolisma badan dan pembakaran lemak serta memberikan rasa kenyang
 
Herblax tidak sesuai utk ibu yang menyusu..kerana risau perut si kecik tak tahan..kerana ia adalah ekstrak daun inai dan beberapa herba semulajadi yang bertindak seperti julap yang lembut..

Cinch Shake Mix juga tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu kerana pembesaran anak akan terjejas..sekira ingin mencuba..selepas bayi berusia 6 bulan ke atas kerana bayi sudah mula makan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada susu ibu..

4.Saya minum 3 L air PUTIH sehari..

Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Selain itu..sebagai seorang pengamal tegar vitamin..adalah wajib untuk memastikan badan mempunyai air yang secukupnya untuk memastikan penyerapan vitamin yang maximum ke dalam sel - sel badan..kerana jika kurang air..darah akan bertambah likat dan pengangkutan zat tidak cekap..ibarat..bas awam yang penuh macam sardin..macamana nak angkut penumpang dengan cekap..betul tak??

5.Saya makan 5 kali sehari tetapi hidangan kecil.
Ini adalah rahsia untuk meningkatkan metabolisma badan..metabolisma badan yang tinggi akan membolehkan pembakaran 'makanan' dengan cepat..Sekiranya saya mengambil makanan hanay dalam 3 hidangan..sarapan..lunch..dinner...waktu antara 3 meal tersebut agak lama..tubuh badan manusia amat unik..sekiranya saya tidak makan dalam waktu yang lama...badan kita akan aktifkan MOOD KELAPARAN..as a result..metabolisma akan rendah..sekiranya mahukan metabolisma yang tinggi..kene kerapkan bilangan waktu makan..TAPI HIDANGAN PERLU KECIL untuk mengawal kalori yang terdapat di dalam hidangan tersebut...

JANGAN SAMAPAI..MAKAN 5 HIDANGAN..TAPI SAIZNYA BESAR - BESAR SEHINGGA MELEBIHI KALORI YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN ANDA...

Anda berminat untuk sertai saya dalam misi mengurangkan lemak di badan?
Boleh hubungi saya 0172185829 (Zety Maisarah)..atau email myzety@gmail.com..saya akan
menyediakan jadual pengambilan eksklusif dan tips-tips menarik untuk pelanggan saya. Saya tahu yang ibu selepas bersalin memang mempunyai masalah berat badan selain masalah penyusuan. 

Kepada yang tidak menyusukan anak..anda juga di alu - alukan..program diet SHAKLEE telah dirumus untuk pembakaran lemak dan pembinaan otot..untuk shape up tubuh badan..iaitu CINCH Shake Milk..

Apa kata anda ambil peluang ini untuk menurunkan berat badan anda. Insya Allah dalam 3 bulan anda akan melihat hasilnya. 3 bulan ya bukan sehari atau seminggu. INGAT, jika berat diturunkan secara drastik, berat juga akan naik secara drastik..ini yang dinamakan YO-YO Diet..

p/s: Cincin kahwin dah mula melonggar..dah 2-3 kali terpelanting time mandikan baby..ada org nasihatkan saya mintak cincin baru untuk hadiah anniversary...tahun ni anniversary yang ke 5..alhamdulillah..ada rezeki..dapat cincin baru..kih..kih..
  

 

Tuesday 1 November 2011

Mencabar Diri Untuk Kurus

As salam...salam mesra

Adakah anda suka kan cabaran?..saya sebenarnya sedang mencabar diri untuk menjadi seorang yang sihat dan menawan..cewah..siapa yang ingin bersama saya mencapai cabaran ini..bolehla mula mengikuti jurnal saya..insya allah saya akan selalu meng update progress..

Kembali mengimbau sejarah berat badan saya...

1.Masa di lahirkan..x berat..sekitar 3.3kg je (sangat berterima kasih kepada mama yang bersusuh payah melahirkan saya ke dunia ini..i love u mama..semoga dikau tabah menghadapi segala ujian daripadaNya ketika ini..amin )

2.Yang masih kekal dlm ingatan masa darjah 6..berat 26 kg je..

3. Naik tingkatan 2 dah start 36 kg..bnyk naik..aiyakk...tp masih hot..cewah..dalam diam rupanye ade secret admirer..classmate saya Ijul..aka Mohd Faizul Haffiz...cewah..sekarang dah jd encik suami saya...dr cinta monyet ke jinjang pelamin gitu..

5. Tingkatan 5..dah 50 kg..x gemuk...xkurus..walhal aktif marathon..

6.Kat matrik...naik 55kg..sudah lah..cepatnya naik..tp masih maintain..

7.Masa kat universiti..amik dentistry..sangaaattt lah stress...dan makan dengan banyaknya..dan tidak bersenam..berat fluctuate..kejap naik..kejap turun...paling berat 65 kg..sgt tembam..tp masa tahun akhir...jeng..jeng..nak naik pelamin...berusaha menurunkan berat badan...(setiap hari jongging kat Tasik Titiwangsa..rotate ngan main badminton..tennis..ataupun aerobik dalam bilik...) with my BFF Pn Zubaidah Zanul Abidin...masa naik pelamin 2006 tahun akhir study..berjaya turun 60kg je..at least berjaya lah..

8.Selepas itu..bermulalah krisis kenaikan berat badan yang sangat teruk...selepas melahirkan anak pertama..berat 70 kg...maintain sampai mengandungkan anak kedua...minggu ke 40..due date baby..berat mencecah 80 kg..mak aihh...ni kalo maintain..anak ketiga bole 90kg..anak keempat 100 kg...fuh...SAYA KENA BUAT SESUATU UNTUK MENCEGAH SEBELUM PARAH...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang saya sedang dalam proses menurunkan berat badan yang berlebihan..saya dah nampak jalannya..cuma tinggal saya nak laluinya sahaja..sesiapa yang ingin bersama saya...jom...yuk..ayuhh...kite kene war - war kan bahawa kite sedang berusaha untuk mengurang berat badan..jangan malu..jangan segan...yang mengutuk pasti ada..yang merestui pun pasti ada..

Sekarang saya sudah 67 kg...saya tidak berlapar..tapi saya amalkan pemakanan yang seimbang(3 makronutrient WAJIB ada dalam setiap hidangan..iaitu karbohidrat..protien dan lemak dalam nisbah 50:25:25...wah lemak 25%..mestilah lagi gumuk..hehe..nnti saya huraikan)..mengira setiap kalori yang saya ambil (dengan mewujudkan my daily food log book) dan semestinya saya menutup ruang - ruang nutrisi yang kosong dengan mengambil supplement tambahan secara TEGAR (semestinya my super vitamin my SHAKLEE..mylife..my Precious)..

OK..nantikan entri saya yang berikutnya..bagaimana untuk :
1. Pastikan makanan seharian kita seimbang
2. Mengira kalori yang kita ambil untuk setiap hidangan
3. Perlukah Supplement?Aku kan sihat walafiat!..entry ni dah wujud..bole baca untuk ketahui kenapa kita perlukan supplement.Sila klik pada link tersebut.
4. Vitamin ape perlu untuk kurus?