FAQ


1.KENAPA SAYA MEMILAH SHAKLEE?

As salam..
Ramai yang bertanya..kenapa saya pilih SHAKLEE..kan bnyk lagi jenama di pasaran..ada beza ke?semua jenama akan menyatakan kebaikan mereka (masuk bakul angkat sendiri)..tapi saya tetap memilih SHAKLEE dan telah mengamalkannya..dan saya 100% berpuashati..dan akan sentiasa berkongsi kebaikan SHAKLEE dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk merasai kebaikan SHAKLEE...

SENTIASA SELAMAT
Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa

SENTIASA BERKESAN
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM -


  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

PILIHAN DI TANGAN ANDA..


2.STATUS HALAL

Produk shaklee tidak mempunyai tanda halal Jakim kerana produk ini dihasilkan di Amerika. TETAPI, Jangan Risau kerana pihak Shaklee telah menggunakan bovine gelatin halal yang disahkan oleh Islamic Services of America (ISA). Bukti sijil halal adalah di bawah.


Persoalannya, walaupun Shaklee diiktiraf halal oleh ISA. Bagaimana pula dengan JAKIM. Saya telah memastikannya dengan menyemak di laman web JAKIM.. Ternyata, ISA diiktiraf oleh JAKIM. 


Rasa lega kan sekarang?? Shaklee akan memastikan yang terbaik untuk penggunanya termasuk daripada sudut agama.

3.LAIN - LAIN


Ini adalah antara soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee....

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. 

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu. Trial Pack berdekatan dengan anda?

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.


7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 017-2185829 untuk dapatkan ID Shaklee.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung? 
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.


12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.